CHAMPIONS OF TAWAU

Champions Of Tawau atau COT sebenarnya adalah sebuah liga yang menggunakan sepenuhnya kemudahan permainan secara online di http://fantasy.premierleague.com. Liga ini bertujuan untuk memupuk minat terhadap Liga Perdana Inggeris (EPL) seterusnya mengikuti setiap perlawanan dalam liga tersebut.

Secara tidak langsung, pengetahuan para peserta COT dalam EPL juga akan meningkat di mana setiap pertukaran pemain, teknik, kecederaan dan kehebatan pemain juga akan sentiasa diperhatikan dari masa ke semasa.

Setiap peserta dalam COT digelar "Manager" dan keupayaan untuk menguruskan kewangan TEAM, pemain dan points (markah) menjadi agenda utama untuk menjadi seorang JUARA.

Walaupun COT menggunakan permainan online secara percuma, para penganjur sebenarnya ingin menyemarakkan permainan ini supaya setiap manager akan sentiasa mengambil berat tentang TEAM, pemain dan points masing-masing. Oleh itu, Champions Of Tawau telah dimulakan dalam tahun 2006, lebih tepat lagi pada gameweek yang ke-6 season 2006/07.

Para penganjur amat berbesar hati dan diharapkan agar Champions Of Tawau akan diteruskan sehinggalah bila para manager mula menyuarakan hasrat untuk bersara dari lapangan ini.

Bermula dengan hanya sekitar 30 orang manager yang menyertai COT pada season 2006/07, kini penyertaan telahpun mencecah 60 orang dalam masa 2 tahun. Penyertaan bukan sahaja dari sekitar Tawau tetapi juga dari Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kedah dan sebagainya.

Setakat ini, COT telah menyaksikan 2 orang juara tahunan yang telahpun menerima habuan mereka. Berdasarkan kepada penyertaan yang agak memberangsangkan, nilai hadiah pertama semakin lama semakin meningkat. Ini seterusnya menguatkan lagi azam dan semangat manager untuk mengejar gelaran juara.


Pada tahun-tahun yang akan datang, diharapkan agar lebih banyak manager akan menyertai COT dan kita akan mula untuk menyaksikan suatu gelombang perubahan yang seterusnya akan mengangkat COT sebagi satu label bukan sahaja di peringkat Tawau tetapi di seluruh Malaysia.

Untuk semua manager COT.. Serlahkan kemampuan sebenar anda.. Jadilah Juara Sebenar Di Sini.



Champions Of Tawau



PENGANJUR

Kepada semua anggota COT. Kami, pihak penganjur ucapkan selamat menyertai CHAMPIONS OF TAWAU.

1. Man Maldini (Forza)
2. Wan rooney (Red One 7)
3. Khairul Nuzaiham (Bendahari)
4. Boy Messi (Boy Ginga)
5. Suhairi (Ketua COT bahagian Semenanjung)




PERATURAN

  • Tiada peraturan khas melainkan peraturan yang telah digariskan oleh penyedia program Fantasy Premier League.



YURAN

  • Bayaran bulanan ialah RM5.00 sahaja.
  • Bayaran 4 bulan pada awal season (deposit) sebanyak RM20.00 adalah WAJIB.
  • Bayaran untuk 6 bulan seterusnya boleh di bayar secara ansuran sebanyak RM 5.00 setiap bulan.
  • Bayaran sekali gus sebanyak RM50.00 boleh dibuat (bayaran untuk tempoh 10 bulan English Premier League berlangsung)
  • Pengambilan DEPOSIT adalah untuk mengelakkan pengurus menarik diri apabila berada pada kedudukan yang teruk.



HADIAH*

  • 10 hadiah bulanan berupa JERSI pilihan sendiri untuk JUARA BULANAN.
  • 1 hadiah berupa JERSI pilihan sendiri untuk MARKAH MINGGUAN TERTINGGI.
    Hadiah Utama (Perubahan pada season 2008/09)
  • PERTAMA: 40 % daripada baki yuran terkumpul
  • KEDUA: 25 % daripada baki yuran terkumpul
  • KETIGA: 20 % daripada baki yuran terkumpul
  • KEEMPAT: 10 % daripada baki yuran terkumpul
  • KELIMA: 5 % daripada baki yuran terkumpul
  • Ke-6 hingga ke-10: 1 Helai JERSI pilihan sendiri (Perubahan pada season 2009/2010)
* Untuk pengetahuan semua kos hadiah adalah selepas ditolak kos pengurusan (bayaran pos penghantaran dan lain-lain yang berkaitan).

         
 
Make a Free Website with Yola.